Friday, June 24, 2011

K.E.J.U.J.U.R.A.N

Aku hanya berkongsi apa yang aku dapat dari emel, Sharing is Caring  right?

Menilai sebuah  KEJUJURAN
Oleh ZULKIFLI  BAKAR
Edit oleh Keroncong Mentari

KEJUJURAN adalah  tanda bukti keimanan. Orang mukmin pasti jujur. Kalau tidak jujur, keimanannya  sedang serang penyakit munafik.


Suatu ketika  seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW: "Apakah mungkin
seorang mukmin  itu kedekut?"

Baginda menjawab: "Mungkin saja."

Sahabat bertanya lagi: "Apakah mungkin seorang mukmin bersifat  pengecut?"

Rasulullah SAW menjawab: "Mungkin saja."

Sahabat bertanya lagi:  "Apakah mungkin seorang mukmin berdusta?"

Rasulullah SAW menjawab: "Tidak."

Apa yang boleh  dipelajari daripada hadis ini ialah seorang mukmin tidak mungkin melakukan  pembohongan.

Kejujuran adalah  pangkal semua perbuatan baik manusia. Tidak ada perbuatan dan ucapan baik  kecuali kejujuran. Oleh sebab itu,  Allah menyuruh orang-orang mukmin agar selalu berkata benar dan jujur. Ini  diperintah oleh Allah melalui firman-Nya yang bermaksud: 

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada  Allah dan katakanlah perkataan yang jujur dan benar. (al-Ahzab:  70) 

Rasulullah  bersabda: 

"Kamu semua wajib bersikap jujur kerana kejujuran akan membawa kepada  kebaikan dan kebaikan akan membawa kepada syurga".

Kejujuranlah yang  menjadikan Ka'b bin Malik mendapat keampunan langsung dari langit sebagaimana  Allah jelaskan dalam surah at-Taubah. Kejujuranlah yang menyelamatkan bahtera  kebahagiaan keluarga dan kejujuran pulalah yang menyelamatkan seorang Muslim  daripada seksa api neraka di kemudian hari.

Kejujuran adalah  tiang agama, sendi akhlak, dan pokok kemanusiaan manusia. Tanpa kejujuran, agama  tidak lengkap, akhlak tidak sempurna, dan seorang manusia tidak sempurna menjadi  manusia. Di sinilah  pentingnya kejujuran bagi kehidupan.

Rasulullah bersabda: "Tetap berpegang  eratlah pada kejujuran. Walau kamu seakan-akan melihat kehancuran dalam  berpegang teguh pada kejujuran, tapi yakinlah bahwa di dalam kejujuran itu  terdapat keselamatan."

Ada tiga tingkatan  kejujuran:

Pertama, kejujuran dalam ucapan, iaitu kesesuaian ucapan dengan  realiti.
Kedua, kejujuran dalam perbuatan, iaitu kesesuaian antara ucapan dan  perbuatan.
Ketiga, kejujuran dalam niat, iaitu kejujuran tertinggi di mana  ucapan dan perbuatan semuanya hanya untuk Allah.

Seorang mukmin  tidak cukup hanya jujur dalam ucapan dan perbuatan, tapi harus jujur dalam niat  sehingga semua ucapan, perbuatan, tindakan dan keputusan harus berlandaskan  mencari keredaan Allah. Jelaslah  kejujuran memainkan peranan penting dalam kehidupan seorang Islam yang ingin  mencari kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Seorang yang  jujur tidak akan berdolak-dalik apatah lagi bermain kata-kata apabila berhadapan  dengan sesuatu perkara.

Jika dia berada  di pihak yang benar sudah pasti dia tidak akan takut untuk menzahirkan kejujuran  atas keyakinan bahawa kebenaran pasti mengalahkan kebatilan.

Kamu Orang - "err...mane ko dpt mende2 nih, lantak depa la nak menipu ke apa, kau sebok aphal?"
Saya Sorang - "aaaaa, ader la, hang ni sebok tul la. Hmm mmg lantak diorg cume sbg manusia, kita perlu ingat mengingati, xgitu?"
Kamu Orang - "Oh iyer ke?hmm betul jugak, nasib baik aku xpernah menipu ~ cross fingers"
Saya Sorang - "Well, Sharing is Caring"

***********************************************************************************
Orang lama-lama ada mengatakan, tak salah kalau mendengar nasihat dan ingatan jika sesuatu itu memberi manafaat dan kebaikan.